Timbalan setiausaha Agong Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Dr Mohd Fairuz A Razak berkata, beberapa jenis cukai yang diperkenalkan menerusi Bajet 2022 juga antara terbaik untuk memastikan tiada ketirisan berlaku.
Katanya, Cukai Makmur yang diperkenalkan adalah salah satu cukai progresif yang mengenakan cukai kepada syarikat berkeuntungan besar dan mega (tax of rich) kerana dikenakan ke atas syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022.
MEDIA
MEDIA
Pelaksanaan cukai tahun depan tidak bebankan rakyat
DR Mohd Fairuz.
Kuala Lumpur: Pelaksanaan cukai yang dibentangkan dalam Bajet 2022 tidak akan membebankan rakyat, malah dilihat mampu memulihkan pendapatan dan ekonomi negara.

“Saya rasa ini cukai yang progresif dan sudah pasti syarikat terbabit tidak mempunyai masalah untuk membayar cukai berkenaan dan ia juga dapat membantu tingkatkan pendapatan negara.
Sebagai inisiatif langkah kemampanan hasil, Program Khas Pengakuan Sukarela Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam Bajet 2022 juga akan menggalakkan ramai peniaga untuk tampil mengemukakan penyata pendapatan.
Ini satu program khas yang baik dan patut dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga sama seperti sebelum ini (SVDP 2.0).
Melalui program ini juga, JKDM dan LHDN mendapat kesinambungan maklumat pembayar cukai. Ini boleh menggalakkan pematuhan cukai dari semua pihak dan megurangkan ketirisan cukai (ekonomi bayangan).
Apabila ramai pembayar cukai lapor diri secara sukarela melalui program khas ini, mereka layak menerima sijil pematuhan cukai LHDN dan JKDM.”
katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, cukai baru yang diperkenalkan seperti penggunaan nombor pengenalan cukai (TIN) secara automatik selari dengan daftar pemilih untuk 18 tahun ke atas dapat memastikan semua warganegara ada dalam sistem untuk kerajaan memberi bantuan atau mengenakan cukai dan selari dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat secara bersasar.
“Bagi cukai keuntungan harta tanah (RPGT) individu yang melupuskan hartanah pada tahun ke enam tidak dikenakan cukai dan ini dapat mengurangkan beban kewangan pelupus dan menggalakkan pelaburan.
Untuk Peluasan skop Cukai Jualan kepada barang bernilai rendah dijual secara dalam talian, ini adalah bagi menjaga pasaran peniaga di Malaysia dan mengawal serta mengenakan cukai ke atas peniaga luar negara. Oleh itu, peniaga dalam negara dapat bersaing secara adil.
Manakala cukai perkhidmatan diperluaskan skop ke atas perkhidmatan penghantaran barang tidak termasuk makanan dan minuman dan logistik, memandangkan perkhidmatan ini makin berkembang maju dan bakal menjadi antara perkhidmatan utama dalam negara.”
katanya.

Media Terkini
SYOR CUKAI LEBIH ADIL
Bajet 2023 | Tangani ketirisan, halusi sistem percukaian | Astro Awani
PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.
WAKTU OPERASI
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
HUBUNGI KAMI
E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks: 03-4149 7577
HP: 016-240 9343