Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula dapat kurangkan kos perubatan masa depan cukai

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula bermula hari ini, dapat membantu kerajaan mengurangkan kos perubatan berikutan pengambilan gula yang berlebihan dalam kalangan rakyat.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abdul Aziz Abu Bakar, berkata duti eksais sedia ada yang dikenakan seperti ke atas rokok dan arak bertujuan mengelak rakyat daripada menghadapi masalah

MEDIA

MEDIA

Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula dapat kurangkan kos perubatan masa depan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula bermula hari ini, dapat membantu kerajaan mengurangkan kos perubatan berikutan pengambilan gula yang berlebihan dalam kalangan rakyat.

Test

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abdul Aziz Abu Bakar, berkata duti eksais sedia ada yang dikenakan seperti ke atas rokok dan arak bertujuan mengelak rakyat daripada menghadapi masalah kesihatan.

“Kerajaan tidak akan mendapat banyak hasil daripada pengeluar kerana mana-mana negara yang memperkenalkan cukai soda, pengeluar akan menukar produk mereka supaya dapat menghasilkan produk yang dapat mengelak daripada membayar cukai gula.

Rakyat perlu faham, mereka (kerajaan) telah menimbang tara dan kerajaan sudah memberi banyak masa kepada komuniti perniagaan untuk menyesuaikan diri dan mengambil peluang untuk menyusun strategi daripada segi produk dan cara pengeluaran.

Cukai gula ini memberi kesan positif daripada segi kos perubatan yang bermakna kita akan membentuk masyarakat yang mengambil berat mengenai pengambilan gula,”

katanya hari ini.

Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia juga akan menjalani kehidupan yang lebih sihat berikutan rakyat akan mengurangkan pengambilan gula.

Test

Di Bursa Malaysia semasa ditutup hari ini, Nestle adalah kaunter paling rugi, berikutan ia merosot 70 sen kepada RM148.40, manakala F&N berkurangan 16 sen kepada RM34.40 dan Dutch Lady susut 10 sen kepada RM63.90.

Test

Abdul Aziz berkata, impak daripada pelaksanaan cukai berkenaan kepada pasaran modal adalah jangka pendek kepada jangka sederhana berikutan ia adalah tempoh penyesuaian.

“Secara umumnya, orang akan melihat sentimen merosot, itu sebabnya pasaran saham turun sedikit,”

katanya.

Katanya, kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat dan memastikan mereka memahaminya bahawa pengenalan cukai ke atas minuman bergula tidak akan menjana pendapatan yang besar kepada negara tetapi sebagai langkah alternatif untuk mengurangkan pengambilan gula. – BERNAMA

Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula bermula hari ini. – Foto hiasan

Media Terkini

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

Kerajaan perlu pertimbangkan kadar antara tiga hingga empat peratus jika bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam (...)
Bajet 2023 | Tangani ketirisan, halusi sistem percukaian | Astro Awani

Minggu lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan melihat beberapa langkah untuk mengembangkan cukai asas negara sebagai sebahagian daripada strategi pendapatan (...)

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks: 03-4149 7577
HP: 016-240 9343

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks:
03-4149 7577
HP:
016-240 9343