cukai

Malaysia patut mengenakan cukai terhadap syarikat teknologi gergasi dan media sosial seperti Google dan Facebook (FB) dengan mengambil kira perolehan yang dijana syarikat itu menerusi platform pengiklanan digital di negara ini.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar, berkata mengikut prinsip keadilan cukai, memang patut syarikat berkenaan dikenakan cukai, bagaimanapun mekanisme

MEDIA

MEDIA

Memang patut Google, FB kena cukai – MATA

PRESIDEN Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar. – Foto Asyraf Hamzah

PUTRAJAYA: Malaysia patut mengenakan cukai terhadap syarikat teknologi gergasi dan media sosial seperti Google dan Facebook (FB) dengan mengambil kira perolehan yang dijana syarikat itu menerusi platform pengiklanan digital di negara ini.

Test

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar, berkata mengikut prinsip keadilan cukai, memang patut syarikat berkenaan dikenakan cukai, bagaimanapun mekanisme pelaksanaannya perlu diperhalusi dan dikaji dengan sebaik-baiknya sebelum dilaksanakan.

Test

Beliau berkata, pelbagai perkara perlu diperhalusi termasuk dari segi perundangan dan mekanisme pelaksanaan supaya ia tidak mendatangkan kerugian pula kepada Malaysia kerana ada negara yang ingin mengenakan cukai terhadap syarikat berkenaan sehingga membawa kes ke mahkamah tetapi akhirnya kalah kerana tiada justifikasi yang kuat.

“Disebabkan itu perlu ada mekanisme dan perundangan yang benar-benar kukuh dan dikaji sedalam-dalamnya. Ia tidak mustahil untuk dilaksanakan tetapi saya jangka bukan dalam masa terdekat kerana kajiannya bakal mengambil masa yang lama disebabkan ada banyak isu teknikal perlu diselesaikan.

Perkara berkaitan cukai sekarang ini kita merujuk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Pada waktu itu, tiada lagi perniagaan yang dibuat menerusi internet, konsep digital, atas talian atau media sosial. Jadi, mesti berlaku perubahan terutama dari segi teknikal dan pelaksanaannya, disebabkan itu ia bakal mengambil masa lama.”

katanya kepada NSTP, semalam.

Beliau mengulas cadangan supaya cukai dikenakan terhadap syarikat teknologi gergasi dan media seperti Google dan Facebook (FB) yang mana kedua-dua syarikat berkenaan dikatakan mengawal hampir 70 peratus daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia.

Test

Cadangan berkenaan diutarakan pada sesi Luncheon Talk antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, kelmarin.

Test

Ahmad Zahid ketika memberi maklum balas berhubung cadangan itu memaklumkan beliau akan membawa perkara berkenaan kepada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Test

Selain itu, Abd Aziz berkata, terma pendapatan Google dan FB perlu ditentukan bagi memudahkan urusan percukaian dilaksanakan.

“Apa yang saya faham kini, Google dan FB bukan pemastautin tetap di Malaysia iaitu dalam bahasa teknikal, ia bermaksud syarikat berkenaan tiada establismen tetap. Satu-satu syarikat atau entiti yang dikenakan cukai di Malaysia, mereka perlu ada establismen tetap.

Memang syarikat berkenaan ada membuka cawangannya di negara ini dan komuniti perniagaan di Malaysia membayar kepada mereka untuk pengiklanan digital tetapi kita masih tidak boleh nak pastikan terma pendapatan mereka ini apa? sama ada royalti atau sebaliknya. Adakah transaksi berlaku di Malaysia atau sebaliknya?

Disebabkan itu, kajian mendalam perlu dilakukan bagi memastikan mekanisme pelaksanaan cukai ini membawa kebaikan kepada negara dan rakyatnya, mungkin Vietnam boleh dijadikan rujukan memandangkan mereka melaksanakannya.”

katanya.

Sementara itu, penganalisis ekonomi, Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata, pengenaan cukai terhadap syarikat berkenaan, FB dan Google perlu dibuat melalui cukai khas yang lebih munasabah berdasarkan jumlah pendapatan sebenar seperti yang diusulkan di negara Eropah bagi memastikan ia tidak mudah dimanipulasi.

Media Terkini

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

Kerajaan perlu pertimbangkan kadar antara tiga hingga empat peratus jika bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam (...)
Bajet 2023 | Tangani ketirisan, halusi sistem percukaian | Astro Awani

Minggu lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan melihat beberapa langkah untuk mengembangkan cukai asas negara sebagai sebahagian daripada strategi pendapatan (...)

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks: 03-4149 7577
HP: 016-240 9343

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks:
03-4149 7577
HP:
016-240 9343