cukai

Pelaksanaan cukai pendapatan terhadap golongan selebriti Internet disifatkan sebagai adil tanpa mengetepikan mana-mana pihak sebagai pembayar cukai di negara ini.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata, tiada alasan untuk golongan terbabit tidak membayar cukai kerana golongan yang bekerja tetap turut menunaikan kewajipan untuk negara.

Menurutnya, Akta Cukai Pendapatan 1967

MEDIA

MEDIA

Cukai Selebriti

ABD Aziz. FOTO Eizairi Shamsudin

Kuala Lumpur: Pelaksanaan cukai pendapatan terhadap golongan selebriti Internet disifatkan sebagai adil tanpa mengetepikan mana-mana pihak sebagai pembayar cukai di negara ini.

Test

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata, tiada alasan untuk golongan terbabit tidak membayar cukai kerana golongan yang bekerja tetap turut menunaikan kewajipan untuk negara.

Test

Menurutnya, Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 4 jelas menyatakan bahawa segala jenis perniagaan yang mendatangkan keuntungan perlu dikenakan cukai.

“Tiada bezanya golongan ini dengan golongan lain cuma mereka menjalankan perniagaan cara terkini dengan menggunakan plaform teknologi untuk mendapatkan keuntungan.

Dahulu, perniagaan seumpama ini tidak dilaporkan dan selebriti Internet tidak membayar serta sukar dikesan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan kini ia semakin banyak dilakukan di media sosial sekali gus menyebabkan pendapatan golongan ini menjadi luar biasa.”

katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Sebelum ini, LHDN menyatakan selebiriti Internet dan individu lain termasuk golongan bawah umur yang memperoleh pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama dan perniagaan yang dijalankan melalui media sosial adalah tertakluk kepada cukai pendapatan, jika mereka memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Test

Aktiviti penjanaan pendapatan seumpama itu dikategorikan sebagai profesion dan oleh itu, mereka yang terbabit perlu mengisytiharkan pendapatan dan dibenarkan untuk melakukan tuntutan perbelanjaan perniagaan dan pembayaran balik cukai, jika berkaitan.

Test

Beliau berkata, jumlah pendapatan sebanyak RM5,000 yang disyaratkan bagi golongan selebriti Internet dikenakan cukai dianggap sebagai garis panduan sesuai untuk masa kini.

“Apa yang perlu dingatkan bahawa bukan semua keuntungan yang dijana akan dikenakan cukai kerana ia akan ditolak dengan perbelanjaan lain.”

katanya.

Mengulas mengenai golongan bawah umur yang dikenakan cukai jika menjana keuntungan melalui perniagaan seumpama itu, Abd Aziz berkata, sememangnya tiada sebarang penjelasan mengenai perkara terbabit.

“Berdasarkan Akta Cukai Pendapatan Seksyen 3, tiada penerangan jelas diberikan mengenai had umur berkaitan golongan yang perlu membayar cukai namun ia menyatakan mana-mana individu yang meniaga dan mencatatkan keuntungan wajib dikenakan cukai

“Saya berpendapat kerajaan perlu melihat perkara ini atau mewujudkan satu mekanisme tertentu untuk menjadikan ibu bapa sebagai ‘penjaga’ jika anaknya masih di bawah umur, mungkin dengan cara mendaftarkan anak-anak itu dibawah nombor rujukan bapa.”

katanya.

Dalam masa sama, beliau menyeru supaya golongan ini mengambil peluang untuk membuat pengakuan sukarela dan mengisytiharkan pendapatan masing-masing dengan LHDN melalui Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN yang sedang berlangsung sehingga Jun ini.

Cukai Selebriti

ABD Aziz. FOTO Eizairi Shamsudin

Kuala Lumpur: Pelaksanaan cukai pendapatan terhadap golongan selebriti Internet disifatkan sebagai adil tanpa mengetepikan mana-mana pihak sebagai pembayar cukai di negara ini.

Test

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata, tiada alasan untuk golongan terbabit tidak membayar cukai kerana golongan yang bekerja tetap turut menunaikan kewajipan untuk negara.

Test

Menurutnya, Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 4 jelas menyatakan bahawa segala jenis perniagaan yang mendatangkan keuntungan perlu dikenakan cukai.

“Tiada bezanya golongan ini dengan golongan lain cuma mereka menjalankan perniagaan cara terkini dengan menggunakan plaform teknologi untuk mendapatkan keuntungan.

Dahulu, perniagaan seumpama ini tidak dilaporkan dan selebriti Internet tidak membayar serta sukar dikesan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan kini ia semakin banyak dilakukan di media sosial sekali gus menyebabkan pendapatan golongan ini menjadi luar biasa.”

katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Sebelum ini, LHDN menyatakan selebiriti Internet dan individu lain termasuk golongan bawah umur yang memperoleh pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama dan perniagaan yang dijalankan melalui media sosial adalah tertakluk kepada cukai pendapatan, jika mereka memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Test

Aktiviti penjanaan pendapatan seumpama itu dikategorikan sebagai profesion dan oleh itu, mereka yang terbabit perlu mengisytiharkan pendapatan dan dibenarkan untuk melakukan tuntutan perbelanjaan perniagaan dan pembayaran balik cukai, jika berkaitan.

Test

Beliau berkata, jumlah pendapatan sebanyak RM5,000 yang disyaratkan bagi golongan selebriti Internet dikenakan cukai dianggap sebagai garis panduan sesuai untuk masa kini.

“Apa yang perlu dingatkan bahawa bukan semua keuntungan yang dijana akan dikenakan cukai kerana ia akan ditolak dengan perbelanjaan lain.”

katanya.

Mengulas mengenai golongan bawah umur yang dikenakan cukai jika menjana keuntungan melalui perniagaan seumpama itu, Abd Aziz berkata, sememangnya tiada sebarang penjelasan mengenai perkara terbabit.

“Berdasarkan Akta Cukai Pendapatan Seksyen 3, tiada penerangan jelas diberikan mengenai had umur berkaitan golongan yang perlu membayar cukai namun ia menyatakan mana-mana individu yang meniaga dan mencatatkan keuntungan wajib dikenakan cukai

Saya berpendapat kerajaan perlu melihat perkara ini atau mewujudkan satu mekanisme tertentu untuk menjadikan ibu bapa sebagai ‘penjaga’ jika anaknya masih di bawah umur, mungkin dengan cara mendaftarkan anak-anak itu dibawah nombor rujukan bapa.”

katanya.

Dalam masa sama, beliau menyeru supaya golongan ini mengambil peluang untuk membuat pengakuan sukarela dan mengisytiharkan pendapatan masing-masing dengan LHDN melalui Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN yang sedang berlangsung sehingga Jun ini.

Media Terkini

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

Kerajaan perlu pertimbangkan kadar antara tiga hingga empat peratus jika bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam (...)
Bajet 2023 | Tangani ketirisan, halusi sistem percukaian | Astro Awani

Minggu lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan melihat beberapa langkah untuk mengembangkan cukai asas negara sebagai sebahagian daripada strategi pendapatan (...)

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks: 03-4149 7577
HP: 016-240 9343

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks:
03-4149 7577
HP:
016-240 9343