media cukai

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abdul Aziz Abu Bakar, berkata pelbagai kelemahan dikenal pasti perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum sebarang cukai atau pelaksanaan semula GST dilaksanakan jika itu yang diputuskan. “Kita memahami pelaksanaan cukai menjadi instrumen ekonomi yang penting bagi memperoleh hasil atau pendapatan.

Ini termasuk GST yang dimansuhkan. Ia sebenarnya boleh dilaksanakan semula kerana berkesan untuk meningkatkan hasil kerajaan, namun ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa.”

MEDIA

MEDIA

Baiki kelemahan sedia ada sebelum perkenal cukai baharu

Foto hiasan / FAIL NSTP

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan tidak memperkenalkan cukai baharu tahun ini termasuk syor pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), bertepatan dengan situasi.

Test

Bagaimanapun, pakar berpandangan kerajaan masih memerlukan langkah selamat dalam memastikan ekonomi negara tidak terjejas.

Test

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abdul Aziz Abu Bakar, berkata pelbagai kelemahan dikenal pasti perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum sebarang cukai atau pelaksanaan semula GST dilaksanakan jika itu yang diputuskan.

“Kami berhasrat untuk menubuhkan Akademi Villarreal Malaysia sebagai program pembangunan bola sepak terbaik di Malaysia.

Ini termasuk GST yang dimansuhkan. Ia sebenarnya boleh dilaksanakan semula kerana berkesan untuk meningkatkan hasil kerajaan, namun ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa.”

katanya di sini, hari ini.

Mengikut laporan BH hari ini, kerajaan berpendapat sebarang sistem percukaian baharu termasuk GST, tidak mungkin dapat dilaksanakan tahun ini.

Test

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menegaskan sebelum memperkenalkan apa-apa cukai baharu, kerajaan perlu memastikan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 berada di landasan stabil dan kukuh.

Test

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, kerajaan perlu melihat persekitaran semasa ekonomi negara sebelum melaksanakan semula GST termasuk mengkaji semula kadar GST kepada lebih rendah daripada enam peratus, selain meningkatkan nilai ambang kepada melebihi RM500,000.

Test

Beliau berkata, GST dahulu sering didakwa menjadi faktor utama kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, namun pemansuhan cukai itu tidak mengubah keadaan, malah kos semakin meningkat.

“Kita melihat pelaksanaan semula GST sebagai kaedah percukaian paling berkesan untuk negara meraih hasil.

Pelaksanaannya perlu diberi tempoh yang difikirkan relevan untuk memberi latihan semula kepada peniaga di samping menyalurkan maklumat komprehensif kepada pengguna.

Apa yang rakyat perlu tahu, pelaksanaan semula cukai baharu seperti GST 2.0 akan mengambil masa yang panjang kerana Akta GST perlu dibentangkan semula dan diluluskan di Parlimen selepas dimansuhkan pada 2018.”

katanya.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, keputusan kerajaan menggubal Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA), pelaksanaan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan Kajian Semula Perbelanjaan Awam (PER) bagi memastikan tadbir urus fiskal dalam keadaan baik dan negara mampu mencapai kemampanan fiskal untuk tempoh jangka sederhana dan panjang.

“Ia diharap dapat mengurangkan ketirisan dan menghapuskan gejala rasuah yang menyebabkan negara kerugian hasil dengan banyaknya setiap tahun.

Jika pelaksanaan cukai baharu atau GST dikembalikan, ini pasti akan menambah beban rakyat.”

katanya.

Bersetuju dengan langkah kerajaan tidak melaksanakan cukai baharu dalam masa terdekat, beliau bagaimanapun berpendapat kerajaan tidak boleh berterusan memberi subsidi pukal terutama subsidi petroleum RON95 yang meningkatkan beban perbelanjaan.

“Subsidi bersasar harus diperkenalkan dengan menumpukan kepada golongan rentan dan kumpulan pendapatan rendah 40 peratus (B40).

Untuk menangani risiko kenaikan harga barangan disebabkan ketiadaan subsidi petroleum untuk majoriti penduduk dan peniaga, inisiatif bantuan langsung kepada B40 harus diteruskan supaya impak kenaikan harga barangan tidak memberi kesan negatif kepada golongan ini.”

katanya.

Baiki kelemahan sedia ada sebelum perkenal cukai baharu

Foto hiasan / FAIL NSTP

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan tidak memperkenalkan cukai baharu tahun ini termasuk syor pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), bertepatan dengan situasi.

Test

Bagaimanapun, pakar berpandangan kerajaan masih memerlukan langkah selamat dalam memastikan ekonomi negara tidak terjejas.

Test

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abdul Aziz Abu Bakar, berkata pelbagai kelemahan dikenal pasti perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum sebarang cukai atau pelaksanaan semula GST dilaksanakan jika itu yang diputuskan.

“Kita memahami pelaksanaan cukai menjadi instrumen ekonomi yang penting bagi memperoleh hasil atau pendapatan.

Ini termasuk GST yang dimansuhkan. Ia sebenarnya boleh dilaksanakan semula kerana berkesan untuk meningkatkan hasil kerajaan, namun ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa.”

katanya di sini, hari ini.

Mengikut laporan BH hari ini, kerajaan berpendapat sebarang sistem percukaian baharu termasuk GST, tidak mungkin dapat dilaksanakan tahun ini.

Test

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menegaskan sebelum memperkenalkan apa-apa cukai baharu, kerajaan perlu memastikan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 berada di landasan stabil dan kukuh.

Test

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, kerajaan perlu melihat persekitaran semasa ekonomi negara sebelum melaksanakan semula GST termasuk mengkaji semula kadar GST kepada lebih rendah daripada enam peratus, selain meningkatkan nilai ambang kepada melebihi RM500,000.

Test

Beliau berkata, GST dahulu sering didakwa menjadi faktor utama kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, namun pemansuhan cukai itu tidak mengubah keadaan, malah kos semakin meningkat.

“Kita melihat pelaksanaan semula GST sebagai kaedah percukaian paling berkesan untuk negara meraih hasil.

Pelaksanaannya perlu diberi tempoh yang difikirkan relevan untuk memberi latihan semula kepada peniaga di samping menyalurkan maklumat komprehensif kepada pengguna.

Apa yang rakyat perlu tahu, pelaksanaan semula cukai baharu seperti GST 2.0 akan mengambil masa yang panjang kerana Akta GST perlu dibentangkan semula dan diluluskan di Parlimen selepas dimansuhkan pada 2018.”

katanya.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, keputusan kerajaan menggubal Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA), pelaksanaan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan Kajian Semula Perbelanjaan Awam (PER) bagi memastikan tadbir urus fiskal dalam keadaan baik dan negara mampu mencapai kemampanan fiskal untuk tempoh jangka sederhana dan panjang.

“Ia diharap dapat mengurangkan ketirisan dan menghapuskan gejala rasuah yang menyebabkan negara kerugian hasil dengan banyaknya setiap tahun.

Jika pelaksanaan cukai baharu atau GST dikembalikan, ini pasti akan menambah beban rakyat.”

katanya.

Bersetuju dengan langkah kerajaan tidak melaksanakan cukai baharu dalam masa terdekat, beliau bagaimanapun berpendapat kerajaan tidak boleh berterusan memberi subsidi pukal terutama subsidi petroleum RON95 yang meningkatkan beban perbelanjaan.

“Subsidi bersasar harus diperkenalkan dengan menumpukan kepada golongan rentan dan kumpulan pendapatan rendah 40 peratus (B40).

Untuk menangani risiko kenaikan harga barangan disebabkan ketiadaan subsidi petroleum untuk majoriti penduduk dan peniaga, inisiatif bantuan langsung kepada B40 harus diteruskan supaya impak kenaikan harga barangan tidak memberi kesan negatif kepada golongan ini.”

katanya.

Media Terkini

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

Kerajaan perlu pertimbangkan kadar antara tiga hingga empat peratus jika bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam (...)
Bajet 2023 | Tangani ketirisan, halusi sistem percukaian | Astro Awani

Minggu lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan melihat beberapa langkah untuk mengembangkan cukai asas negara sebagai sebahagian daripada strategi pendapatan (...)

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks: 03-4149 7577
HP: 016-240 9343

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks:
03-4149 7577
HP:
016-240 9343