Seminar Belanjawan 2025 anjuran M.A.T.A yang dirasmikan oleh Dato’ Abdul Aziz telah berlangsung pada 5 Februari 2025. Seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta maklumat terperinci mengenai Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran penceramah jemputan terkemuka, antaranya Pn. Siti Aminah Binti Ismail, Pengarah Bahagian Jabatan Dasar Percukaian LHDNM; En. Mohd Shazli Bin Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Operasi Cukai LHDNM; serta YBrs. Dr. Mohd Afzanizam B. Abdul Rashid, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Selain itu, beberapa penceramah berpengalaman turut berkongsi pandangan dan analisis mereka, menjadikan seminar ini satu platform yang bermakna bagi peserta untuk memahami implikasi dan manfaat Belanjawan 2025 dengan lebih mendalam.