9:00AM - 5:00PM
Isnin hingga Jumaat
Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia yang lebih dikenali sebagai M.A.T.A adalah salah satu badan profesional percukaian yang dihormati dan diterima oleh pelbagai segmen perniagaan, komuniti, agensi pemungutan cukai dan juga kerajaan.
Ditubuhkan pada 7hb Julai 1998 dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Menyokong dan mengembangkan kerjaya sebagai pengamal percukaian dan menjadikan bidang percukaian sebagai pilihan profesional di Malaysia.
Permulaannya keanggotaannya adalah tertumpu kepada ejen-ejen cukai yang mengikuti kursus khas yang dikendalikan oleh Kerajaan pada tahun 1998. Kini, M.A.T.A mempunyai kira-kira 350 anggota dan sebahagian besarnya adalah ejen cukai berlesen di bawah Seksyen 153 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Bengkel cukai langsung, seminar dan persidangan cukai, seminar cukai tidak langsung, sesi dialog dengan jabatan cukai seperti LHDN dan JKDM berkaitan isu-isu percukaian dan kerjasama dengan badan professional lain berhubung cukai.
M.A.T.A sering berinteraksi dengan Kementerian Kewangan, pihak berkuasa cukai seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi sesi-sesi dialog dan memberikan input berhubung pelaksanaan cukai di Malaysia demi kepentingan negara, kominiti perniagaan dan rakyat.
Menjadi satu badan percukaian yang professional dan terkemuka yang menghimpunkan pengamal-pengamal profesional yang diiktiraf dan dihormati terutamanya dalam bidang percukaian.
Menjadi satu badan percukaian yang professional dan terkemuka yang menghimpunkan pengamal-pengamal profesional yang diiktiraf dan dihormati terutamanya dalam bidang percukaian.
Ke arah melahirkan pengamal cukai yang berpengetahuan, berintegriti, berkualiti, beretika, professional, dan cemerlang.
Ke arah melahirkan pengamal cukai yang berpengetahuan, berintegriti, berkualiti, beretika, professional, dan cemerlang.
PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link,
Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.