Pertubuhan

PERSATUAN AKAUTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (MATA) ditubuhkan pada 7hb Julai 1988 sebagai sebuah persatuan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tujuannya penubuhannya adalah untuk menyokong dan mengembangkan kerjaya sebagai anggota praktik di pertubuhan percukaian dan menjadikan  bidang  percukaian sebagai pilihan badan profesional di Malaysia. Pada peringkat permulaan,  keanggotannya adalah tertumpu kepada ejen cukai yang mengikuti kursus khas yang dikendalikan oleh Kerajaan pada tahun 1998 tetapi kini keanggotaannya semakin berkembang selaras dengan perkembangan kerjaya percukaian yang pesat,  di mana para pengamal cukai percaya MATA adalah badan profesional percukaian yang tepat untuk diberi sokongan.

Terkini, MATA mempunyai kira-kira 350 anggota dan sebahagian besarnya adalah ejen cukai berlesen di bawah Seksyen 153 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967. MATA adalah salah satu badan profesional percukaian terkemuka, dihormati dan diterima oleh segmen perniagaan yang besar, komuniti, agensi pemungutan cukai, dan Kerajaan. MATA juga menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan ekonomi negara. Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa cukai seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sering berinteraksi dengan MATA menerusi sesi-sesi dialog dan input. MATA menyeimbangkan respons ahli-ahlinya demi kepentingan negara, pengamal cukai, komuniti perniagaan dan rakyat.

Nilai Teras

Anggota di MATA menjunjung tinggi nilai teras kami untuk berusaha ke arah kecemerlangan profesional

  • Berpengetahuan
  • Beretika
  • Keutuhan
  • Profesional
  • Akauntabiliti

Objektif

  • Platform pengembangan Pengurusan  dan Pengetahuan teknikal percukaian.
  • Memperkembangkan keahlian  MATA.
  • Pengukukuhan  kedudukan kewangan MATA dan anggotanya.
  • Memupuk pengurusan agar berkesan dan cemerlang.
  • Kearah pengiktirafan MATA sebagai organisasi yang terbilang

Visi

Badan percukaian profesional terkemuka yang menghimpunkan  pengamal-pengamal profesional yang diiktiraf dan dihormati terutamanya dalam bidang percukaian.

Misi

KeArah ahli yang menjadi pengamal berpengetahuan, berintegriti, berkualiti, beretika, dan cemerlang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (2018-2020)


En. Imran Bin Tumiron
En. Mohamad Hakim
Bin Adnan
En. Musa
Bin Othman
Cik Razina
Bt. Mazelan
En. Himayadi
B. Hafidz
Dr. Zuraeda Bt. Ibrahim
En. Mohamad Rosdi B. Ibrahim
En. Mohameed Faisal B.
Syed Ibrahim
Dato’ Mohd Harris
Bin Abu Bakar
En. Mohamad Ropaat
B. Khamid
En. Rosalie Md. Usop
En. Mohammad Hasni Bin Ibrahim
En. Mohd Rozlan B.
Mohamed Ali
Dr. Mohd Fairuz
B. A. Razak