SST: 2 rang undang-undang perlu dibentang cukai

Kerajaan perlu membentang dan meluluskan dua rang undang-undang berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Parlimen bagi membolehkan sistem percukaian itu diperkenalkan semula 1 September depan.

Ia perlu dilaksanakan kerana SST mengandungi dua elemen cukai yang menyebabkan pengguna terpaksa membayar dua cukai dalam satu masa.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd Aziz Abu Bakar

MEDIA

MEDIA

SST: 2 rang undang-undang perlu dibentang

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membentang dan meluluskan dua rang undang-undang berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Parlimen bagi membolehkan sistem percukaian itu diperkenalkan semula 1 September depan.

Test

Ia perlu dilaksanakan kerana SST mengandungi dua elemen cukai yang menyebabkan pengguna terpaksa membayar dua cukai dalam satu masa.

Test

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata dua elemen cukai dalam SST adalah cukai jualan yang dikenakan kepada pengilang dan pengimport pada kadar 10 peratus serta cukai perkhidmatan enam peratus yang dikenakan di peringkat peruncitan.

Test

Katanya, beliau difahamkan bagi membolehkan SST dikuatkuasakan dua akta perlu diluluskan kerana cukai dikenakan kepada dua pihak yang berbeza iaitu pengilang/pengimport (cukai jualan) dan pengguna di peringkat peruncitan (cukai perkhidmatan).

Test

Ahmad Shukri berkata, melalui perlantikan ejen ke-34 itu (UTM), pihaknya yakin usaha membantu masyarakat Islam menunaikan kewajipan berzakat akan meningkat.

“Dalam SST, cukai jualan ini mewujudkan elemen yang mana semua peringkat dalam rantai jualan mendapat margin untuk setiap kos barang yang dikeluarkan. Kemudiannya apabila sampai peringkat peruncitan ia ditambah lagi dengan cukai perkhidmatan enam peratus.

Dengan dua elemen cukai ini, pengguna membayar dua kali ganda cukai dan seterusnya wujud kenaikan harga barang,”

katanya dihubungi NSTP bagi menjelaskan perbezaan SST dan GST.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan mahu kembali kepada SST, sistem percukaian sebelum GST mulai 1 September dengan memansuhkan GST.

Test

Beliau dilaporkan berkata cukai jualan pada kadar antara lima peratus dan 10 peratus digunakan untuk produk dikilangkan dan produk tertentu yang diimport dan bukan semua produk, berbanding GST.

Test

Mengulas lanjut, Abd Aziz menjelaskan GST diperkenalkan kerana SST yang dilaksanakan sebelum ini gagal mengatasi masalah ketirisan bayaran cukai oleh pengilang dan pengimport.

Test

Katanya, melalui GST, hanya satu cukai dikenakan untuk semua peringkat pengeluaran barang yang secara langsung menyekat pengilang dan pengimport lari daripada membayar cukai.

“Bagi pelaksanaan SST, walaupun hanya pengilang dan pengimport saja dikenakan cukai, mereka sebaliknya memindahkan cukai jualan itu kepada pengguna melalui kos jualan dalam semua peringkat atas pengeluaran barang,”

katanya.

Mengenai perbezaan pendapatan diperolehi daripada SST dan GST, katanya dalam era GST semua pihak membayar cukai pada kadar satu elemen cukai saja iaitu enam peratus.

Test

Katanya, mereka yang berdaftar sebagai orang berdaftar cukai boleh menuntut semula cukai input berkenaan.

Test

Beliau berkata, oleh kerana mekanisma GST yang efisien ada di semua peringkat rantaian pengedaran mereka yang sebelum ini lari dari membayar cukai perlu membayar cukai bukan saja GST tetapi cukai pendapatan juga yang sebelum ini tidak di bayar.

“GST mengutip RM44 bilion setahun kerana sebahagian besarnya di bayar oleh mereka yang tidak membayar cukai ketika zaman SST dilaksanakan, selain hasil cukai daripada ekonomi gelap (hidden economy) yang juga terpaksa membayar cukai selain kutipan daripada sektor peluasan cukai yang mana ketika SST dilaksanakan mereka tidak dikenakan cukai.

Ini bermakna hasil kutipan RM44 billion daripada GST itu, bukan semuanya daripada duit rakyat tetapi sumbangannya lebih besar daripada sektor yang saya nyatakan tadi. Untuk membandingkan kedua-dua cukai ini kita kena kaji hasil kutipan yang diperoleh cukai berkenaan,”

katanya.

KERAJAAN perlu membentang dan meluluskan dua rang undang-undang berkaitan SST di Parlimen bagi membolehkan sistem percukaian itu diperkenalkan semula 1 September depan. – Foto hiasan

Media Terkini

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

Kerajaan perlu pertimbangkan kadar antara tiga hingga empat peratus jika bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam (...)
Bajet 2023 | Tangani ketirisan, halusi sistem percukaian | Astro Awani

Minggu lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan melihat beberapa langkah untuk mengembangkan cukai asas negara sebagai sebahagian daripada strategi pendapatan (...)

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks: 03-4149 7577
HP: 016-240 9343

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks:
03-4149 7577
HP:
016-240 9343