SERING dijemput menjadi penceramah dalam program motivasi.
DILAHIRKAN sebagai individu kerdil namun semangat dan kewibawaannya menutup ‘kekurangan’ dimiliki bahkan turut membuktikan dia mampu berdiri sama tinggi dengan individu berfizikal normal.
Mengenali figura hebat, Dr Ruziah Ghazali memberi suntikan semangat buat penulis bahawa setiap individu mampu melakar kejayaan asalkan mempunyai jati diri dan sikap positif tanpa
MEDIA
MEDIA
Semangat tak kerdil
SERING dijemput menjadi penceramah dalam program motivasi.
DILAHIRKAN sebagai individu kerdil namun semangat dan kewibawaannya menutup ‘kekurangan’ dimiliki bahkan turut membuktikan dia mampu berdiri sama tinggi dengan individu berfizikal normal.
Mengenali figura hebat, Dr Ruziah Ghazali memberi suntikan semangat buat penulis bahawa setiap individu mampu melakar kejayaan asalkan mempunyai jati diri dan sikap positif tanpa mengenal erti putus asa.
Namanya bukan asing, malah kelantangannya dalam menegakkan hak orang kurang upaya (OKU) dan pembabitan aktif dalam advokasi golongan itu jelas menunjukkan wanita ini tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya.
Cemerlang akademik selayaknya menjadikan Dr Ruziah contoh terbaik untuk semua golongan, beliau kini turut menggalas tanggungjawab sebagai pakar motivasi dan Konsultan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia serta aktif melakukan pelbagai program kemasyarakatan.
Mula terbabit aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sejak di universiti, Dr Ruziah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sejak tahun pertama di universiti itu.
Melihat potensi pengucapan awam yang dimiliki ketika itu, Dr Ruziah sering dipilih menjadi pengerusi majlis dan berceramah dalam beberapa program hingga beliau menyedari keberanian dirinya untuk berdepan masyarakat dan menolak ke tepi kekurangannya.
Sebaliknya beliau sedar, bakat dan kebolehan dimiliki seharusnya dijadikan batu loncatan untuk melakar kejayaan dan bersaing secara sihat dengan pelajar lain di universiti.
“Kali pertama terbabit dalam khidmat masyarakat menerusi program anak angkat di Kampung Durian Daun, Simpang Pertang, Negeri Sembilan sebagai peserta serta memberi motivasi kepada pelajar di kampung terbabit.
Sebaik tamat pengajian, ramai rakan yang bekerja sebagai guru sering menjemput saya memberi motivasi di sekolah. Sejak itu, saya terus menjadi penceramah bebas dan perunding motivasi ketika usia 23 tahun di sekolah, surau, masjid dan persatuan penduduk, badan kebajikan serta agensi kerajaan dan swasta.
Saya tidak meletakkan kadar bayaran kepada pihak penganjur sehingga sekarang melainkan pihak kerajaan atau swasta yang membuat bayaran mengikut kelulusan akademik penceramah,”
katanya.
Menurut wanita berusia 56 tahun ini, dia menawarkan khidmat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan sejak 1991 malah bergiat aktif dengan aktiviti Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia dan seterusnya menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan peringkat Wilayah Persekutuan, dan pada 1993 menjadi AJK Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia sehingga Mac tahun lalu.
Pada masa sama, Dr Ruziah terbabit dengan Dewan Perdagangan Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Pembangunan Generasi Felda Malaysia (YPGFM) sehingga beliau mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengembangan Pendidikan dalam bidang Pengurusan Latihan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
“Sejak saya aktif berpersatuan di UM dan tamat pengajian saya gemar bergaul dengan ramai orang termasuk golongan berpendapatan rendah apatah lagi pengalaman sendiri sebagai anak yatim dan mempunyai adik-beradik lapan orang, saya sudah melalui pelbagai cabaran hidup dengan kewangan yang terhad.
Ia memberi kesan mendalam apabila kita juga dapat merasai apa yang golongan memerlukan ini lalui. Apabila selesai ceramah pula biasanya ramai yang datang berjumpa atau berhubung semula meminta khidmat nasihat untuk pelbagai masalah dalam hidup mereka.
Saya rasakan betapa ramai sebenarnya masyarakat kita memerlukan ilmu dan panduan dalam menguruskan kehidupan. Ini memberi kekuatan dan mendorong untuk saya terus memberi khidmat masyarakat dan berkongsi ilmu dengan masyarakat.
Allah beri saya kelebihan dalam pengucapan awam dan ilmu serta pengalaman hidup sendiri untuk dimanfaatkan buat orang lain juga,”
katanya.
Selain itu katanya, dia begitu cintakan ilmu hingga ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, dia mengikuti pelbagai kursus dan seminar berkaitan pelbagai disiplin ilmu sama ada berbayar atau percuma.
Baginya, ilmu dan pengalaman hidup ini menjadi bekalan untuk dia terus kuat dan bersemangat memberi sumbangan khidmat masyarakat hingga sekarang.
Pelbagai bidang kemahiran yang dimiliki antaranya sebagai perunding latihan, pembentukan modul, kajian dan penyelidikan, keusahawanan, pembangunan manusia dan pembangunan sumber manusia katanya, amat berguna untuk membantu dalam pembangunan dan pemerkasaan masyarakat khususnya komuniti OKU.
Tidak hairan Dr Ruziah yang juga Penasihat Kehormat dan Ahli Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) menerima pengiktirafan terhadap ketokohannya sejak di universiti antaranya, Tokoh Aktivis Wanita Islam dari Alumni Persatuan Siswazah Islam UM pada 1995, Tokoh Usahawan Wanita anjuran Sepakat Usahawan Jaya Berhad, Tokoh Seri Budiman anjuran Kolej 11, Universiti Putra Malaysia serta Finalis Tokoh Ilmuwan Selangor Anjuran EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.
Dr Ruziah turut diberi pengiktirafan menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi OKU, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tempoh 2017 hingga Mac 2021.

Media Terkini

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

Bajet 2023 | Tangani ketirisan, halusi sistem percukaian | Astro Awani
PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.
WAKTU OPERASI
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
HUBUNGI KAMI
E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks: 03-4149 7577
HP: 016-240 9343