Pertubuhan
PERSATUAN AKAUTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (MATA) ditubuhkan pada 7hb Julai 1988 sebagai sebuah persatuan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tujuannya penubuhannya adalah untuk menyokong dan mengembangkan kerjaya sebagai anggota praktik di pertubuhan percukaian dan menjadikan bidang percukaian sebagai pilihan badan profesional di Malaysia. Pada peringkat permulaan, keanggotannya adalah tertumpu kepada ejen cukai yang mengikuti kursus khas yang dikendalikan oleh Kerajaan pada tahun 1998 tetapi kini keanggotaannya semakin berkembang selaras dengan perkembangan kerjaya percukaian yang pesat, dimana para pengamal cukai percaya MATA adalah badan profesional percukaian yang tepat untuk diberi sokongan.
Terkini, MATA mempunyai kira-kira 350 anggota dan sebahagian besarnya adalah ejen cukai berlesen di bawah Seksyen 153 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967. MATA adalah salah satu badan profesional percukaian terkemuka, dihormati dan diterima oleh segmen perniagaan yang besar, komuniti, agensi pemungutan cukai, dan Kerajaan. MATA juga menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan ekonomi negara. Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa cukai seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sering berinteraksi dengan MATA menerusi sesi-sesi dialog dan input. MATA menyeimbangkan respons ahli-ahlinya demi kepentingan negara, pengamal cukai, komuniti perniagaan dan rakyat.
Nilai Teras
Anggota di MATA menjunjung tinggi nilai teras kami untuk berusaha ke arah kecemerlangan profesional
- Berpengetahuan
- Beretika
- Keutuhan
- Profesional
- Akauntabiliti
Objektif
- Platform pengembangan Pengurusan dan Pengetahuan teknikal percukaian.
- Memperkembangkan keahlian MATA.
- Pengukukuhan kedudukan kewangan MATA dan anggotanya.
- Memupuk pengurusan agar berkesan dan cemerlang.
- Kearah pengiktirafan MATA sebagai organisasi yang terbilang
Visi
Badan percukaian profesional terkemuka yang menghimpunkan pengamal-pengamal profesional yang diiktiraf dan dihormati terutamanya dalam bidang percukaian.
Misi
KeArah ahli yang menjadi pengamal berpengetahuan, berintegriti, berkualiti, beretika, dan cemerlang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (2018-2020)



Bin Adnan

Bin Othman

Bt. Mazelan



Syed Ibrahim

Bin Abu Bakar


B. A. Razak
