Pakar sektor percukaian memberi reaksi positif terhadap langkah kerajaan menurunkan cukai pendapatan dua mata peratusan yang bakal memanfaatkan golongan pertengahan, M40.
Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd Aziz Abu Bakar, berkata ia selaras kesungguhan kerajaan dalam mempelbagaikan keberkesanan sistem kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak 1 April 2015.
Selain itu, katanya,
MEDIA
MEDIA
Kurangkan cukai pendapatan langkah tepat
KUALA LUMPUR: Pakar sektor percukaian memberi reaksi positif terhadap langkah kerajaan menurunkan cukai pendapatan dua mata peratusan yang bakal memanfaatkan golongan pertengahan, M40.
Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd Aziz Abu Bakar, berkata ia selaras kesungguhan kerajaan dalam mempelbagaikan keberkesanan sistem kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak 1 April 2015.
Selain itu, katanya, langkah penyusutan cukai pendapatan itu wajar kerana sistem kutipan GST lebih stabil, terutama ketika negara berdepan tempoh kemelesetan.
“Kadar kutipan cukai pendapatan mungkin berubah apabila jumlah individu yang kehilangan kerja semakin meningkat ketika ekonomi meleset, justeru GST lebih stabil kerana ia berasaskan konsep penggunaan,”
katanya, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini mengumumkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.
Pengarah Percukaian PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia, Lim Phing Phing, berkata keputusan kerajaan itu bertepatan dengan jangkaan syarikat perunding bahawa cukai pendapatan bakal menyaksikan kadar penurunan untuk membantu golongan M40.
“Ini akan mengurangkan tekanan dialami M40, sekali gus menyaksikan lonjakan terhadap pendapatan boleh guna mereka meskipun berdepan masalah peningkatan kos sara hidup.
Pengecualian cukai pendapatan yang dinikmati 261,000 individu juga berupaya mengurangkan bebanan aspek pentadbiran kerajaan,”
katanya.

Media Terkini

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

Bajet 2023 | Tangani ketirisan, halusi sistem percukaian | Astro Awani
PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.
WAKTU OPERASI
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
HUBUNGI KAMI
E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks: 03-4149 7577
HP: 016-240 9343