Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur muncul universiti awam (UA) pertama dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Universiti itu juga menjadi ejen pertama yang menyediakan perkhidmatan kaunter zakat kepada warga UTM, masyarakat setempat serta badan korporat.
Sebelum ini, MAIWP sudah melantik 33 ejen kutipan
MEDIA
MEDIA
UTM universiti awam pertama jadi ejen kutipan zakat
Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali (dari kiri) bersama Pro Naib Canselor UTM (Kampus UTM Kuala Lumpur Profesor Dr. Shamsul Sahibuddin menandatangan dokumen pada majlis menandatangani MOA bersama Univesiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM) atas pelantikan UTM sebagai agen PPZ-MAIWP dan perasmian Kaunter Zakat di Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur. – Foto Aswadi Alias
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur muncul universiti awam (UA) pertama dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Universiti itu juga menjadi ejen pertama yang menyediakan perkhidmatan kaunter zakat kepada warga UTM, masyarakat setempat serta badan korporat.
Sebelum ini, MAIWP sudah melantik 33 ejen kutipan zakat termasuk Pos Malaysia, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).
Kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) sebagai persetujuan perlantikan UTM di Pusat Islam UTM, di sini, hari ini.
UTM diwakili Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Wahid Omar, manakala MAIP diwakili Pengerusi, Datuk Che Mat Che Ali.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff dan Pro Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Profesor Dr Shamsul Sahubuddin.
Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali (tiga dari kiri) melakukan pertukaran dokumen dengan Pro Naib Canselor UTM (Kampus UTM Kuala Lumpur Profesor Dr. Shamsul Sahibuddin pada majlis menandatangani MOA bersama Univesiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM) atas pelantikan UTM sebagai agen PPZ-MAIWP dan perasmian Kaunter Zakat di Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur. – Foto Aswadi Alias
Ahmad Shukri berkata, melalui perlantikan ejen ke-34 itu (UTM), pihaknya yakin usaha membantu masyarakat Islam menunaikan kewajipan berzakat akan meningkat.
“Kesedaran bagi pembayaran zakat cukup baik. Melalui ejen baru ini, kaunter zakat UTM akan dapat membantu kita mengutip lebih banyak zakat serta memberi banyak pilihan kepada pembayar untuk menunaikan tanggungjawab dengan lebih pantas dan mudah,”
katanya ketika berucap di Majlis MOA serta Perasmian Kaunter Zakat di sini.
Katanya, sejak Januari sehingga Oktober lalu, sebanyak RM495.78 juta zakat dikutip, meningkat tiga peratus berbanding tempoh sama tahun lalu (RM479.35 juta).
Kaunter zakat di UTM menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat emas, zakat simpanan, zakat saham dan zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selepas ini, katanya PPZ MAIWP merancang mewujudkan kemudahan sama di Universiti Malaya (UM) serta Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Sementara itu, Dr Wahid berkata, sepanjang tahun lalu, lebih RM759,000 zakat dibayar kakitangan UTM melalui sistem potongan gaji secara bulanan serta bayaran zakat oleh mahasiswa.
“Sebanyak 37 peratus (RM285,105) daripada potongan zakat itu dikembalikan oleh PPZ MAIWP kepada UTM KL untuk diserahkan kepada golongan asnaf.
Jadi, kami berharap melalui perlantikan serta perkhidmatan kaunter zakat yang disediakan di sini, kadar pungutan zakat di kampus ini akan meningkat sehingga RM1 juta pada tahun depan,”
katanya.
Katanya, wang zakat itu akan disalurkan kepada mahasiswa yang majoritinya datang daripada keluarga B-40, serta mahasiswa asing yang layak terutama dari Palestin dan Yaman.

adi, kami berharap melalui perlantikan serta perkhidmatan kaunter zakat yang disediakan di sini, kadar pungutan zakat di kampus ini akan meningkat sehingga RM1 juta pada tahun depan,”
katanya.
Katanya, wang zakat itu akan disalurkan kepada mahasiswa yang majoritinya datang daripada keluarga B-40, serta mahasiswa asing yang layak terutama dari Palestin dan Yaman.
Media Terkini

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

Bajet 2023 | Tangani ketirisan, halusi sistem percukaian | Astro Awani
PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.
WAKTU OPERASI
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
HUBUNGI KAMI
E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks: 03-4149 7577
HP: 016-240 9343