Harga barang dijangka meningkat cukai

Harga barang dijangka meningkat jika cukai jualan 10 peratus seperti dicadangkan oleh kerajaan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula 1 September depan.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar, berkata kadar cukai jualan itu dilihat adalah sama seperti sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Bagaimanapun, beliau berkata

MEDIA

MEDIA

Harga barang dijangka meningkat

HARGA barang dijangka meningkat jika cukai jualan 10 peratus seperti dicadangkan oleh kerajaan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula 1 September depan. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka meningkat jika cukai jualan 10 peratus seperti dicadangkan oleh kerajaan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula 1 September depan.

Test

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar, berkata kadar cukai jualan itu dilihat adalah sama seperti sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Test

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan kepada instrumen SST dalam kerajaan terdahulu, cukai jualan hanya dikenakan kepada pengilang dan pengimport, justeru dari segi ekonominya, ia akan memberi kesan kepada harga barang yang dikenakan cukai terbabit.

“Kadar yang dicadangkan itu adalah sama saja seperti dulu dan bukanlah kadar yang baharu. Seperti sistem SST sebelum ini, dijangka berlaku kenaikan harga terhadap barang tertentu yang tertakluk kepada rejim cukai ini.

Apabila harga barang meningkat, ia tidak selari dengan matlamat dan manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang ingin mengurangkan kos sara hidup dengan menghapuskan GST apabila mengambil alih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

Bagi cukai perkhidmatan enam peratus, ia dilihat tidak memberi kesan dan perlu diteliti dengan lebih lanjut kerana mungkin akan menimbulkan isu cukai berganda kepada pengguna, khususnya oleh pengendali restoran dan hotel,”

katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai barangan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SST yang akan diperkenalkan semula pada 1 September depan.

Test

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen Ogos ini bagi menggantikan GST yang mana pengenalan semula SST dijangka menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

Test

Mengulas lanjut, Abd Aziz berkata, bagi memastikan pelaksanaan cukai baru itu dapat dilaksanakan dengan mantap, kerajaan perlu mengenalpasti nilai ambang bagi cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Test

Menurutnya, sebagaimana yang ditetapkan dalam nilai ambang GST, perniagaan dikenakan cukai sekiranya mencatatkan perolehan RM500,000 dan ke atas dalam tempoh setahun, manakala jika diambil kira SST sebelum ini, RM3 juta adalah nilai ambang bagi cukai jualan dan RM100,000 pula bagi cukai perkhidmatan.

“Sekiranya kerajaan dapat menetapkan satu kadar nilai ambang yang diselaraskan di bawah SST, sudah tentu ia dapat menjadi instrumen cukai yang adil dan menyeluruh,”

katanya.

Media Terkini

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

SYOR CUKAI LEBIH ADIL

Kerajaan perlu pertimbangkan kadar antara tiga hingga empat peratus jika bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam (...)
Bajet 2023 | Tangani ketirisan, halusi sistem percukaian | Astro Awani

Minggu lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan melihat beberapa langkah untuk mengembangkan cukai asas negara sebagai sebahagian daripada strategi pendapatan (...)

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks: 03-4149 7577
HP: 016-240 9343

PERSATUAN AKAUNTAN PERCUKAIAN MALAYSIA (M.A.T.A)
Block 1D, 27-1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

HUBUNGI KAMI

E-mel: mata@mata.org.my
Tel: 03-4149 9599 atau 5078
Faks:
03-4149 7577
HP:
016-240 9343