DAFTAR ONLINE

Panduan Mengisi Borang

Sedang Online

Kami ada 34 pelawat online


Profail PDF Cetak E-mail

M.A.T.A adalah satu-satunya badan profesional yang menaungi agen cukai dan setiausaha syarikat berlesen Melayu secara yang bersistematik. Sebagai wadah penyambung perjuangan professional Melayu, M.A.T.A dianggotai oleh agen cukai dan setiausaha syarikat berlesen Melayu yang rata-ratanya mempunyai kelayakan Diploma dan atau Ijazah yang mencukupi untuk bertindak secara kompetens sebagai agen cukai dan juga setiausaha syarikat.

M.A.T.A adalah satu-satunya badan profesional yang menaungi agen cukai dan setiausaha syarikat berlesen Melayu secara yang bersistematik. Sebagai wadah penyambung perjuangan professional Melayu

Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Malaysian Association of Tax Accountants – M.A.T.A.) telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 7 haribulan Julai tahun 1988. Pejabat berdaftar pertama M.A.T.A. ialah di Seremban, Negeri Sembilan dan beralamat, No. 243 Blok C, Kampung Bharu, Jalan Bunga Raya, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian, Pejabat Sekretariat M.A.T.A berpindah pula ke Kuala Lumpur dialamat No. 136 Tingkat 1, Jalan Pahang, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Pejabat Sekretariat M.A.T.A 15-2 Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 53100 Kuala Lumpur pada 16 September 2002. Mulai 01hb April 2010 Pejabat Sekretariat M.A.T.A yang beralamat di atas telah berpindah ke lokasi baru yang beralamat di Pejabat Sekretariat M.A.T.A, 27-1, Blok 1D, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Visi
Suatu badan utama yang menaungi pengamal-pengamal perkhidmatan professional� yang diiktiraf dan dihormati khususnya dalam bidang percukaian.

Misi
Mengujudkan pengamal-pengamal perkhidmatan professional yang berintegriti, berkemahiran dan cemerlang.

OBJEKTIF STRATEGIK

  • Mengalakkan peningkatan pengetahuan khususnya dalam bidang teknikal
  • Meningkatkan bilangan keahlian yang berkualiti dan beretika
  • Memantapkan kedudukan kewangan persatuan dan ahli
  • Membentuk kumpulan pengurusan yang berwibawa dan efektif
  • Memperkasakan pengiktirafan oleh pelbagai pihak
 

KOMEN ANDA

Emailkan sebarang komen, pertanyaan, cadangan dan informasi ke alamat mata@mata.org.my

 

KALENDAR

<<  Julai 2017  >>
 Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa  Ah 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      

IKLAN

PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini446
mod_vvisit_counterMinggu Ini9441
mod_vvisit_counterBulan Ini56503
mod_vvisit_counterJumlah1773298

Hari Ini: Julai 28, 2017